Monday, 1 October 2012

TIADA TOPIK DI SINI YE HAHA

ye sedang berada dalam makmal komputer kolej matrikulasi negeri sembilan .
sangat lah bosan tak tahu nak buat apa .
nak selak nota memang haram lah kan .
sangat serius boring di sini .
lama gila tak bergiat aktif dalam blog .
sangat rindu *sumpah tak tipu -.-
nak edit blog pun dah tak reti
nampak tak asyik hafal nota , formula bagai sampai lupa nak edit benda alah ni macam mana .

rajin . *haha

Wednesday, 21 September 2011

SERBA SALAH

dah lama jari ni tak berkata kata
hm aku serba salah pasal hubungan aku dengan dia
hm entah la aku tak tahu nak cakap apa
aku kasihankan dia
aku sayang dia dan aku tak mahu hilang dia

Monday, 29 August 2011

LEBARAN

sibuk memang sibuk nak lebaran ni .biasalah setahun sekali kan .
hias itu hias ini . beli itu beli ini . hm penat .
kepada semua aku ucapkan selamat hari raya .
aku mintak maaf atas salah silap . kosong kosong .
dulu tak sabar nak raya . sekarang aku cakap .

"haa ? nak raya ? sekejapnye "

aku sendiri tak tahu kenapa . pelik memang pelik .
semakin hampir dengan raya semakin gentar aku untuk perang nanti .
ya perang minda untuk jadi yang terbaik . sekali lagi doakan aku .

Sunday, 28 August 2011

CERITA LAMA

lapang .masa lapang fikiran lapang .
mengejut aku teringatkan hubungan lama aku . entah kenapa .
hubungan lama itu buat aku lebih matang sekarang .
buat aku lebih awas dengan manusia yang bernama lelaki .
bukan maksud tiada percaya cuma lebih berhati hati dari yang dulu .
dulu ? hm malas cerita .
pujaan hati aku selalu ingatkan supaya jangan lagi kenang benda lepas .
semua aku buang langsung tak simpan sedikit pun .
hati jangan cakap ah . sampai hari ni masih koyak rabak .
orang fikir aku senyum aku suka .
dalam hati orang apa tahu kan .langsung tak tahu apa .cuma aku tahu itu .

lucu .

bila ingat kembali semua dulu memang lucu .
lucu aku setia sampai dibodohkan dan dimain mainkan .
macam aku tak ada hati tak ada rasa .
bayangkan setahun aku dengan dia hm tapi apa dapat ? rugi ada lah .
bodoh nya aku masa tu . bodoh percaya kata seorang manusia handal berkata .
dulu langsung dia tiada cela tapi sekarang semua dah nyata .
hm biarlah dia .yang penting sekarang ada orang lain yang hargai aku .
ya dia ada semua .doakan aku dengan dia .

Saturday, 27 August 2011

KUASA

Dunia kadang adil kadang tidak . entahlah . aku pun tak paham .
cuma hati aku jadi luntur melihat mangsa mangsa perang sana sini .
mereka berlari ketakutan sedangkan kita di sini tidur lena di ulit mimpi indah .
mereka tiada makanan sedang kita makan makanan yang mahal belaka .
mereka putus itu putus ini sedang kita tak jaga anggota sempurna ini .
rumah mereka berkecai tapi rumah kita sebesar istana . adilkah ?

langsung tidak adil .

yang besar terus berkuasa sedang yang kecil terus hilang dan hilang
kuasa ? berkuasakah kau bila kau sudah ada di dalam liang lahad ?
berkuasakah kau bila soalan kubur dilemparkan nanti ?
kuasa kau itu bergunakah ? jawab la jangan kau pura pura lembap
kau peluk lah kuasa kau itu erat erat kalau kau rasa itu perlu .
hm . orang besar yang lembap .


kasihan bukan ? kau tak rasa ini memang kau tak tahu kasihan .
hargai hidup kau mulai sekarang .

PERANG

blog aku yang lama langsung tak terusik pun . malas .
aku lebih memilih untuk menyusun ayat pada blog baru ni .
bukan apa .aku lebih suka menulis ayat sastera macam apa yang aku tulis ni .
biar la orang na cakap apa pun . ini blog aku kan .
orang apa tahu kan .

lantak .

sekarang aku lebih menujahkan perhatian kepada peperangan aku lepas raya ni .
ya peperangan hebat yang boleh merubah masa hadapan aku .
tapi syaitan dan nafsu senantiasa menabur hasutan .
aku antara kuat dan tidak .tapi aku perlu lebih serius .
ini bukan perkara main main . aku nak jadi yang terbaik .
tapi aku masih belum boleh menjadi itu .

mungkin .

aku perlukan kekuatan dari segi mental juga .
merentas lautan nafsu yang sukar untuk diseberang .
insyaAllah .

ENTAH

hari ni sama macam selalu .takda perubahan .
cuma hari ni aku dapat rasakan sedikit gula kegembiraan .
membeli belah bersama keluarga untuk lebaran nanti . hm hebat .
ada sedikit senyuman pada bibir aku .

kaku.

aku risaukan mama dan adik yang belum pulang lepas berbuka tadi .
cuma ayah yang tahu tapi bila aku lempar soalan . hm hampa .
ayah tetap mangga mulutnya itu . tak paham .
persoalan aku tetap jadi persoalan
takpa lah aku harap mama dan adik perempuan aku ok .

tadi aku baru lepas tatap wajah pujaan hati aku secara jauh .
apa lagi kalau bukan skype . rindu bertambah tambah .
ada jodoh mungkin jumpa . harap harap lebaran nanti .